Passport Malaysia Antarabangsa (PMA)
- Passport Malaysia Antarabangsa (PMA) adalah merupakan Dokumen Perjalanan sah yang dikeluarkan kepada warganegara Malaysia untuk tujuan perjalanan keluar negara. Warganegara Malaysia adalah layak untuk memohon PMA.
- PMA adalah merupakan hak milik Kerajaan Malaysia dan boleh ditarik balik pada bila-bila masa.
- Permohonan PMA boleh dibuat di semua pejabat imigresen di Malaysia dan pejabat perwakilan Malaysia di luar negara. Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London adalah merupakan salah sebuah pejabat penerima dan pengeluar passport.
- Tempoh sah laku passport adalah 5 tahun dari ia dikeluarkan.
- Gambar passport adalah diambil di kaunter menggunakan alat Facial Live Capture Recognition.
- Pemohon perlu memakai pakaian berwarna gelap dan menutupi bahu dan dada serta tidak memakai topi atau menutupi dahi bagi mereka yang memakai tudung.
- Pemakaian lensa mata dan cermin mata adalah tidak dibenarkan semasa mengambil gambar.
- Pemohon yang memakai tudung harus memakai tudung berwarna gelap.
